
Dekstop
Content Here
Main Video
Click the icon below to play the video in larger screen
Video Modal
.
.
.
Pameran Maya
Content Here
Dewan Persidangan
Content Here
Mengenai PDiSA
Content Here
Bidang Fokus
Content Here
Agenda
Content Here
Senarai Pembentang
Content Here
Mengenai PDiSA 2021
Persidangan Digital Sektor Awam 2021 merupakan acara yang julung-julung kali diadakan yang mana pada tahun ini persidangan ini akan diadakan secara hibrid. Persidangan ini melibatkan penyertaan inklusif Pemimpin Digital Kerajaan iaitu Ketua Pegawai Maklumat dan Pengurus ICT Agensi Kerajaan, serta rakan strategik dari pihak industri termasuk pakar tempatan yang sama-sama berkumpul dan membincangkan pelbagai inisiatif dan potensi penambahbaikan bagi menghasilkan perkhidmatan Kerajaan yang lebih berkualiti dan mengutamakan keperluan pengguna terutamanya kepada rakyat. Sebagai langkah pragmatik dalam mendepani pandemik Covid-19, penganjuran persidangan pada kali ini diadakan dalam mod hibrid, iaitu gabungan persekitaran fizikal dan maya.
Kerajaan hari ini memahami bahawa transformasi digital bukan lagi satu pilihan. “Normal baharu” dan evolusi pantas dalam perkembangan teknologi digital telah membawa kepada perkembangan ekonomi GIG dan generasi baru yang menjurus ke arah digital disruptors. Untuk itu, Kerajaan perlu lebih kreatif dalam merangka kaedah dan cara baharu yang lebih berinovatif dalam menyediakan perkhidmatan Kerajaan yang bertunjangkan keperluan pengguna. Oleh itu, peranan Pemimpin Digital terutamanya Ketua Pegawai Maklumat dan Pengurus ICT Agensi Kerajaan perlu dipergiat untuk bertindak balas terhadap keperluan masa hadapan digital ini.
Masa depan digital (Digital future) dalam Kerajaan berteraskan idea bahawa semua perkhidmatan Kerajaan beroperasi secara digital pada masa akan datang. Kerajaan perlu mengembangkan kemampuan dan kompetensi dalaman bagi membolehkan pengendalian perkhidmatan Kerajaan adalah lebih efektif dan efisien. Selain itu, transformasi digital ini juga menghadirkan cabaran baru dan signifikan di mana Kerajaan perlu proaktif dalam memahami dan meramalkan rancangan tindakan bagi menghasilkan perkhidmatan digital Kerajaan yang mampu memenuhi keperluan segenap penggunanya.
Sehubungan itu, persidangan yang diadakan dalam satu (1) hari ini akan memberi peluang kepada Pemimpin Digital Kerajaan untuk saling berkomunikasi antara satu sama lain dan juga dengan industri untuk mewujudkan peluang untuk perbincangan yang bermanfaat dalam menghadapi masa depan digital.
Bidang Fokus PDiSA 2021

Manusia
- Pendigitalan Pemangkin Perkhidmatan Berpaksikan Rakyat (Digital First Citizen Focus)
- Kompetensi Sumber Manusia (Human Resource Competency)

Proses
- Daya Tahan Digital (Digital Resilience)
- Keupayaan Menjadi Pantas Dan Lancar (Agility)

Teknologi
- Teknologi Baru Muncul (Emerging Technology)
- Keselamatan Siber (Cybersecurity)

Data
- Analitis Data (Data Analytics)
- Kepintaran Data (Data Intelligent)
- Perkongsian Data (Data Sharing)
- Tadbir Urus Data (Data Governance)
Agenda PDiSA 2021
08:00
Ketibaan Tetamu dan Ketibaan Dif-dif Jemputan
09:00
Ketibaan YBhg. Tan Sri Mohd Zuki bin Ali
Ketua Setiausaha Negara
Sesi bergambar
Nyanyian Lagu Negaraku
Bacaan Doa
09:20
Ucapan Aluan
Oleh YBhg. Datuk Seri Dr. Yusof bin Ismail
Ketua Pengarah MAMPU
09:25
Ucapan Perasmian
Oleh YBhg. Tan Sri Mohd Zuki bin Ali
Ketua Setiausaha Negara
09:45
Montaj Perasmian PDiSA 2021
Pelancaran Inisiatif MAMPU
Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam 2021-2025
Pengiktirafan
Kumpulan Wang Amanah ICT (KWAICT)
10:00
Minum Pagi
10:15
Pandemik Covid-19: Revolusi Dunia Digital
YBhg. Tan Sri Dr. Jemilah binti Mahmood
Penasihat Khas (Kesihatan Awam) kepada YAB PM
11:00
Perbincangan Panel — Meneroka Masa Depan Digital: Perubahan Landskap Digital Dalam Ekosistem Penyampaian Perkhidmatan Kerajaan
Moderator: Encik Kamarul Bahrin bin Haron
Panel 1: YB Dato’ Sri Mustapa bin Mohamad
Menteri di JPM (Ekonomi)
Panel 2: Encik Imri bin Mokhtar
MD/GCEO, TM
Panel 3: YBhg. Tan Sri Abdul Rahman bin Mamat
Ahli Lembaga Pengarah — Kumpulan, MIDF
Panel 4: YBrs. Dr. Fadhlullah Suhaimi bin Abdul Malek
Pengerusi MCMC
12:00 pm
Makan Tengah Hari
14:00
Multi-Cloud: Masa Depan Dalam Mengimbangi Kitaran Bakat Bagi Mencapai Digitalisasi Negara
YBrs. Dr. Abu Hasan bin Ismail
Ketua Pengarah Urusan Kumpulan,
AwanBiru Technology Bhd.
14:20
Disruptive Innovation: Shaping Innovation In Organizational
Encik Sabri bin Abdul Rahman
Pengarah Eksekutif,
DAPAT Vista (M) Sdn Bhd.
14:40
Government Go Cashless
Datuk Dr. Yacob bin Mustafa
Akauntan Negara Malaysia
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
15:00
Malaysia Bandar Pintar: Manfaat kepada Rakyat Dalam Persekitaran Digital
YBrs. TPr Gs Dr. Shamsaini binti Shamsuddin
Ketua Pengarah,
PLANMalaysia (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa)
15:20
Go Chat: Tips and Tricks in Digital Workplace
Encik Hussin bin Abu Bakar
Ketua Perunding ICT, MAMPU
15:40
Sains, Teknologi dan Inovasi: Digital Norma Baharu
YB Khairy Jamaluddin
Menteri Sains, Teknologi & Inovasi
16:00
Ucapan Penutup
Oleh YBrs. Tuan Haji Azih Yusof
Timbalan Ketua Pengarah (ICT), MAMPU
Merangkap Government Chief Information Officer (GCIO)
16:15
Minum Petang / Bersurai
Senarai Pembentang PDiSA 2021

YBhg. Tan Sri Dr. Jemilah binti Mahmood
Penasihat Khas [Kesihatan Awam] kepada YAB PM

YB Dato’ Sri Mustapa bin Mohamad
Menteri di JPM [Ekonomi]

Encik Imri Mokhtar
Managing Director / Group Chief Executive Officer TM

YBhg. Tan Sri Abdul Rahman bin Mamat
Ahli Lembaga Pengarah – Kumpulan, MIDF
